About Me....

Saya suka menulis. Sejak kecil saya suka membaca puisi, cerpen dan novel. Namun, minat saya tidak di dunia seni. Saya jurusan Sains Hayat, moga-moga cita-cita untuk menjadi doktor atau ahli farmasi terlaksana. Namun, personaliti saya tidak cukup kuat ke arah itu. Sifat peramah, peka dan membantu itu melayakkan saya menjadi seorang kaunselor. Jiwa saya cukup sensitif dan rapuh namun sekali ia dilanda cabaran, saya bisa berubah menjadi wanita kental dan keras kepala. Saya memberi pada tangan yang memerlukan. Senyuman saya agak mahal namun saya ikhlas melemparkan pada mata-mata yang ikhlas berkawan dan menerima saya seadanya. Sejak usia 19 tahun di tahun kedua di IPTA, saya mula dilanda gelora cinta. Saya wanita naif namun selektif. Memilih Mohamad Firdaus bin Zainal Abidin sebagai pasangan hidup di dunia dan akhirat. Kenapa dia? Kerana dia lelaki hebat. Imam saya dan anak-anak, pelindung matahari dan bulan, teman bicara suka dan duka, penegur jika kekhilafan melanda, pelengkap hati yang sentiasa ingin disayangi dan dicintai. Hadiah dari ALLAH adalah sepasang cahaya mata Airell Haiqal dan Aleesya Nur Rania. Penghibur hati hatta harta dunia akhirat saya. Alhamdulilah, hadiah ini sempurna sihat, bijak dan mudahan menjadi anak soleh dan solehah.Tulisan di blog ini umpama diari. Saya kongsikan apa yang perlu bersama anda. Pendapat saya tidak selari dengan anda,tidak mengapa..sebab itulah kita berbeza. ...