Friday 28 December 2012

Orientasi Tahun 1....

28 Disember 2012....

Semalaman saya tidak dapat tidur mengenangkan anak saya Airell yang akan menjalani hari orientasi Tahun 1 . rasanya baru semalam saya membawa perut memboyot mengandungkannya dulu selama 9 bulan ..rasanya masih berbekas rasa ngilu dan sakit waktu ingin melahirkannya dulu ..rasa ngeri saat bertarung nyawa selama lebih 10 jam di dewan bersalin masih terasa...kini anak itu mula melangkah ke Tahun 1.

Harapan semua ibu bapa memanglah ingin anak masing2 cemerlang dalam pelajaran..mendapat nombor yang bagus..markah yang tinggi...namun bagi saya..saya mahu dia selesa di kelas dan sekolah ini, mempunyai kawan-kawan yang baik,
mempunyai guru2 yang ikhlas mengajarnya. Itu yang paling saya fikirkan dari mula dia bersekolah tadika..

Bohonglah jika saya mengatakan saya tidak meletakkan harapan yang tinggi. Ya, ada...itu pasti. Cuma ia bukan tuntutan utama. Untunglah saya dari bidang psikologi ini memahami kecerdasan manusia ini adalah pelbagai, jika mengikut Howad Gardner..Ya, saya amat bersetuju...

Mama bangga dengan Airell!



Saya tidak mahu meletakkan sasaran yang tinggi dan matlamat yang terlampau menggunung untuk seorang kanak-kanak2 yang baru berusia 7 tahun. saya mahu dia merasa gembira dan seronok dengan situasi persekolahan . Saya cukup takut jika anak2 saya sudah mulai bosan, rasa tertekan dan putus asa jika mereka rasa "gagal'. apatah lagi sistem pendidikan arus perdana kini terlalu mengagungkan pencapaian akademik semata-mata, bebanan kerja rumah yang banyak, kertas peperiksaan dan ujian saban bulan, berlumba2 mengumpulkan gred mata A..sehingga lupa pada JERI +S iaitu Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sahsiah yang lain dalam diri pelajar itu yang perlu diperkembangkan.

Dengan tercetusnya idea Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin memperkenalkan PBS maka saya rasa inilah masanya kita mula bangkit untuk menilai anak2 kita sendiri bahawa mereka lebih istimewa dalam pelbagai bidang. (tiada lagi PMR dan UPSR)    dan bukannya bersandar pada pencapaian akademik semata-mata.

Manusia ini memang hebat dan dilahirkan menjadi pakar, cuma kita belum mencungkil di mana kepakaran dan kemahiran yang ada pada diri kita. Oleh itu, sebagai ibu bapa, saya harap berilah peluang dan ruang untuk anak2 kita berkembang mengikut kecerdasan yang ada padanya. Percayalah pada kebolehan anak2 kita.

Saya terkenang kedua ma dan ayah saya dulu mendidik saya ..Mereka tidak pernah meletakkan sasaran untuk saya mencapai berapa A, kelas mana saya patut masuk, tidak pernah menetapkan cita-cita saya menyuruh saya menjadi doktor, lawyer atau arkitek. Namun, mereka sentiasa memberikan keselesaan untuk belajar, membayarkan buku-buku rujukan yang saya perlu dan juga memantau arah laluan saya mengemudi hidup dan liku. Kini baru saya sedar bahawa kerana didikan itulah saya juga boleh merasai belajar di universiti, memilih kerjaya yang saya minati dan menjadikan saya manusia yang gembira dengan pilihan sendiri.

justeru itu,percayalah pada anak2 anda, biarkan mereka merasai keseronokkan alam persekolahan dengan gembira bersama kawan-kawan sebayanya..kerana masa kanak-kanak ini hanya sekali....



No comments:

Post a Comment