Monday 24 December 2012

cukup sampai disini...(part2)

sambungan......

Dunia itu menjadikan saya sebagai orang lain...terus terang saya tak suka beg berjenama ***#@$ ...tapi terpaksa menyarungnya sebab sinonim dengan dunia itu...saya juga tidak suka bermekap tebal sebab takut kulit rosak..(konon) tapi saya harus melukis wajah sy dengan solekan agar nampak sebaris dengan mereka yang lain......Dunia itu juga lebih pura2 bagi diri saya..pura2 ada duit..pura2 nampak cantik from top to toe...pura2 bagus dan terkaya dikalangan 'kami'...

Ya Allah...Aku keliru...apa yang ku cari sebenarnya....penghargaan manusia atau penghargaan tuhan...?orang memuji kita cantik,,kita senyum...adakah itu sahaja yang kita ada,..?benar kata Wardina Saffiyah..."saya tidak ingin dilihat sebagai wanita yang cantik luaran semata2..saya mahu dilihat wanita yang ada ilmu..yang ada pengetahuan...yang boleh membezakan saya dengan wanita lain..."...She so true...dimana saya akan dapat penghargaan itu.....

setelah lama saya bermimpi dan menjadi orang lain..kedatangan Ramadhan tahun 2012 ini banyak mendidik hati dan sikap saya....seperti Allah telah mencelikkan hati saya untuk menilai...di sebalik apa yang telah saya curahkan dan korbankan untuk dunia itu...saya perlu 'bangun' dan kembali menjadi diri saya sendiri.....saya mula tinggalkan group itu..saya mula unfriend beberapa individu yg bagi sy kami sudah tidak sefahaman lagi...saya mulai sedar..itu bukan duniaku...

Saya tersentak seketika..ketika saya berbual dari hati ke hati dengan suami saya..pada suatu malam tentang perasaan saya terhadap dunia itu...Maha Suci Allah..suami saya tidak pernah menegur saya sepanjang saya khayal dengan dunia itu..namun setelah saya mula berbicara tentangnya...baru saya sedar bahawa selama ini suami hanya ingin melihat sejauhmana saya mengikut rentak kepura-puraan itu...tanpa saya sedar,,,air mata saya tumpah..bukan kerana sedih saya tidak lagi sebahagian menjadi dunia itu...namun air mata ini mengalir kerana saya sedar..Allah masih sayangkan saya..suami dan anak2 masih menyayangi saya...mereka semua mahu saya sedar bahawa dunia itu kosong dan tiada jiwa untuk saya....dan saya mula bangkit kerana saya rasa syukur ke hadrat Ilahi ...kerana menyedarkan saya..membawa saya bangun dari dunia yang penuh kepura-puraan dan kekosongan...Alhamdulilah...!

.......................................................to be continued.........

No comments:

Post a Comment