Friday 21 September 2012

Cukup sampai disini....(part 1)

Salam 1 Malaysia...
hampir setahun rasanya saya dah tak update blog ni..makin bersawang nampaknya...sejak kelahiran Rania, memang saya agak sibuk,tuntuan kerja di sekolah, tanggungjawab di rumah, peranan sebagai isteri dan mama..segalanya perlu dilunaskan..dan kini..rasanya saya dah lama tak update tentang stok baru Fareeda...entahla..saya juga sudah makin 'buntu",,rasanya khidmat saya sebagai pengedar sah tidak lagi diperlukan...mungkin jodoh saya bersama Fareeda setakat ini sahaja...saya redha dan terima seadanya...kerana yakin bahawa rezeki Allah itu luas...saya tidak perlu rasa takut..atau rasa setakat inilah penamatnya. ,,,

Saya sedar...sejak saya mengenali Fareeda, kehidupan saya mula berubah. saya akui,dulu saya tak pandai bersolek,,pakai baju main capai sahaja apa yang ada..saya tak rasa nak mencantikkan diri saya.tapi sejak menyarung Fareeda,saya cemburu melihat model2 Fareeda yang cantik tatkala memakai Fareeda. Saya mula mengubah penampilan,belajar bersolek,berani mendekatkan diri ke kaunter solekan dan wangian mahal dan berjenama, mula menabung ingin membeli beg tangan Coach (satu hari nak pakai LV) dan belajar memakai high heel. sungguh tak percaya dengan transformasi diri sy kini yang nyata jauh berbeza di zaman anak dara dulu yang polos dan biasa sahaja.

namun kini, saya mulai 'nampak'..di sebalik kecantikan itu..saya mulai rasa bongkak, perasaan sombong mula menyelinap dalam hati..riak dan angkuh tatkala menyarung Fareeda sambil menjeling wanita lain yang hanya memakai tudung biasa2..atau tiada jenama..(ampunkan lah saya, Ya Allah)...saya hanya melihat duniawi,...dan sehingga saya lupa apa matlamat saya bertudung......

Namun,setelah saya membaca nukilan daripada Wardina Safiyyah (saya mengaguminya)..Menghijabkan hati lebih sukar sebenarnya"..membuat saya terfikir..Ya Allah..apa yang kucari selama ini....?masaku terbuang begitu sahaja dengan menghabiskan masa di butik, duit simpanan habis membeli barangan berjenama dan tudung Fareeda (semestinya)..aku 'berhutang' masa dan kewajipanku kepada suami dan anak2 ku..Ya Allah..aku dah semakin jauh...;(


No comments:

Post a Comment